bismillah.. hello uols! Okay, disebabkan ada yg DM and permintaan market yg ramai, *wah berangan* maka abg yg baik hati ini kembali rajin dan ayuh kita menyelongkar review subject broadcasting utk semester 4. Tahniah kepada adik2 yg telah clean paper utk semester lepas. Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan. Wah!
Menyelusuri review BROADCASTING yg seterusnya, berikut adalah antara subjek yg perlu diambil ketika di semester 4.
Utk semester 4 ini, terdapat 5 subjek teras yg WAJIB diambil oleh pelajar, 3 subjek elektif dan 1lagi ialah bahasa ketiga. Jumlah keseluruhan subjek utk semester 4 ialah 9 subjek. *banyak kan? terkencing terkentut tercirit kalo malas dtg kelas and xbuat assignment. So elakkan!
Semester 4 meniti kepada kemuncak jurusan PENYIARAN kerana banyak projek yg kita laksanakan utk semester ini lebih cenderung kearah bidang yg kita ambil ini. Erti kata lain, mmg broadcasting punye line lah! So enjoyyy your semester 4 ini. Ayuh adik2 sekalian kita selongkar apa yg bestnya utk kesemua subjek di atas. ;)
1.ADV443 - INTERNATIONAL ADVERTISING
Ini adalah subjek elektif dimana adik2 akan belajar mengenai Introduction to Advertising khususnya international level. Memang seronok kerana banyak idea yg tersemat di kepala ini boleh dicurahkan dan dikongsikan bersama di dalam kelas. Untuk tugasan individu, adik2 perlu mencari satu journal berkaitan advertising dan merumuskannya ke dalam bentuk point yg lebih mudah seperti yg diarahkan pensyarah. Tugasan kumpulan pula, adik2 akan diberikan satu NEGARA dan dikehendaki mencari info mengenai Negara tersebut dari A-Z. Apa yg perlu ditegaskan sebenarnya adalah produk2 atau iklan2 yg terdapat di Negara tersebut dan kemudiannya membentangkan di dalam kelas. Markah lebih utk adik2 yg rajin datang ke kelas, tunjuk muka dan duduk dibarisan hadapan serta yg suke angkat tangan dan bertanya. Diingatkan juga, setiap minggu kelas ini akan ada assignment in class. Itu semua adalah markah! Sila datang kelas selalu dan jangan ponteng. Prof. Madya Rosni akan tidak teragak2 utk menggagalkan adik2. Takutnya! Ada final exam utk subjek ini.
2.ADV549 - INTERACTIVE ADVERTISING
Subjek ini sangat seronok kerana adik2 akan belajar teknik2 utk menghasilkan sebuah web design hasil ciptaan sepenuhnya oleh adik2. Adik2 akan belajar teori di dalam kelas dan seterunsya mengaplikasikannya ke dalam bentuk web. Adik2 boleh create idea yg menarik dan persembahkannya dlm website adik2. Tak semua org boleh design web dan ada web sendiri, advantage pada adik2 yg mengikuti kelas ini adik2 akan belajar itu semua. Sila datang awal ke kelas dan jangan pakai topi di dalam kelas kerana adik2 akan tahu akan musibah yg bakal menimpa adik2. En Khai amat tegas dan seronok orangnya. Tiada final exam.
3.BGM451 - GERMAN LANGUANGE II
Seperti yg adik2 belajar di semester 3, cuma pembelajarannya semakin mencabar dan lebih menarik. Adik2 akan belajar mengenai perkakas2, lokasi yg terdapat di rumah, masa/waktu dan sebagainya. Tugasan kumpulan sama sahaja mcm semester lepas, iaitu menyediakan video projek berdasarkan tema yg diberi. Semakin berbelit2 dan terangkat2 lidah adik2 utk menyebut perkataan Jerman ini.
4.BRO536 - BROADCAST CRITIQUE AND APPRECIATION
Anda kenal siapa itu Sultan Muzaffar? Ali Atan? Mereka adalah pengkritik filem terkenal di Negara ini. Adik2 akan belajar bagaimana utk mengkritik filem tak kisah dalam or luar Negara dari segi teknikal, penceritaan, plot, cinematography, sound dan mcm2 lagi. Adik2 akan menyelongkar apa nilai2 murni, pengajaran dan meseg yg cuba utk disampaikan oleh pengarah. Adik2 minat atau tidak sesuatu filem itu? Adik2 tulis di atas kertas apa jua suka atau tidak kerana adik2 adalah pengkritik. Jgn over tulis kang kena saman nanti kan! Hehe. Ada final exam utk subjek ini.
5.BRO537 - BROADCAST AND MULTIMEDIA PRODUCTION
boleh dikatakan ini adalah subjek yg terbest jugaklah sbb byk masa akan dihabiskan dlm studio. utk subjek ini, Tugasan Pertama, adik2 dikehendaki buat short film mengikut tema yg diberikan. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan kerana adik2 akan disembur teruk jika idea yg dipersembahkan kepada lecturer amat tidak bagus skali. 20 idea belum tentu diterima dan diluluskan oleh lecturer. Sila bertahan kerana byk tenaga, masa dan wang ringgit akan diguna ketika menyiapkan short film ini. Tugasan kedua pula ialah menerbitkan sebuah rancangan dalam studio selama dua jam. Mungkin ini yang menjadi cabaran kerana pelajar perlu menyiapkan idea, konsep dan merancang pra-penerbitan sebelum rancangan berlangsung. Nak bercerita tentang perancangan, memang panjang. Pada masa yang sama, anda perlu juga belajar mengendalikan semua job di dalam konti seperti menjadi pengarah, penolong pengarah, VT operator, switcher, pengurus pentas, operator kamera, lighting, dan audio man. adik2 juga akan belajar shot2 camera dan bagaimana utk mengendalikan SCP dan MCP. Selain itu, apa yang akan adik2 dapat daripada kelas teori untuk membuat camera card, que card dan running order akan digunakan sepenuhnya semasa praktikal di studio nanti. Subjek ini akan menjadikan adik2 seorang broadcaster yg hebat kerana adik2 akan feeling dan rasa diri di dunia sebenar belakang tabir penyiaran. Opss banyak masa akan dihabiskan di dalam studio nanti. Suka duka kumpulan adik bersama-sama. Jangan lupa pakai kasut dan baju hitam semasa di studio sebelum dihalau keluar oleh Mr Razeef! Tiada final exam.
6.BRO538 - RADIO AND TELEVISION NEWS
Anda berbakat menjadi seorang penyampai berita? Ingin menjadi seperti Kamaruddin Mape? Pang Chin Fei? Tonjolkannya disini! Utk subjek ini, terdapat 2 tugasan. Tugasan individu adik2 dikehendaki melaporkan berita di tempat kejadian atau erti kata lain menjadi wartawan penyiaran. Sama seperti Karam Singh Walia, pergi ke tempat kejadian dan melaporkan di hadapan kamera. Abg percaya mulut dan tangan adik2 akan teketar-ketar, dan sebutan adik2 menjadi beterabur sebab bukan mudah utk beraksi dihadapan kamera. Tugasan kedua dan kumpulan, adik2 perlu merangka berita utk setiap seorang dan berita adik2 akan dibaca oleh penyampai berita. Adik2 akan belajar tugas ketika di belakang tabir utk live news di televisyen. Ketika itu, di dalam control room, telinga amat perit kerana dalam kalangan adik2 akan menjerit2 utk memberi que kepada reader dan each other. Adik2 akan feeling habis ketika membuat projek ini kerana adik2 seperti sedang REAL mengendalikan berita tv seperti yg adik2 lihat di RTM dan TV3. Tiada final exam.
7.BRO539 - ELECTRONIC MEDIA MARKETING STRATEGIES
Subjek ini akan mendedahkan kpd adik2 mengenai kerja dan tugas di bahagian pemasaran. Ops ingat marketing ingat En ZUL. Hahaha tapi ini lebih menarik dan seronok. Adik2 dikehendaki pergi ke mana-mana stesen radio di Malaysia dan berjumpa dgn bahagian pemasaran utk bertanya soalan seperti yg diberikan pensyarah. Kemudian, bentangkannya di dalam kelas dan disitu akan terbongkar stesen radio mana yg paling best, ranking tertinggi, iklan termurah dan sebagainya. Peluang utk adik2 melawat konti radio dan ada contact dgn mereka. Memang enjoy! ;) Ada final exam utk subjek ini.
8.COM565 - MEDIA LAW AND REGULATIONS
Ye betul, ini ada killer paper utk semua pelajar masscomm di semester 4. Subjek ini amat digeruni, ditakuti dan bakal menjadi mimpi ngeri kepada adik2. Adik2 akan belajar akta2 media dan akta2 di Malaysia. Banyak fakta dan kes yg perlu dihafal dan diingati. Adik2 akan feeling sbg seorang peguam pabila belajar subjek ini. Dan diingatkan sekeras-kerasnya, sila focus dan beri perhatian penuh kpd subjek ini kerana jika adik2 malas dan cuai, kelak merana diri. Subjek ini bisa buat hidup2 adik2 berdarah kerana ramai yg repeat utk subjek ini.*mintak dijauhkan Amin!*. Sesungguhnya amat menggerunkan! Tunggu ye! Ops sila buat book review by Tom Crone. Wajib skali dibuat tak banyak satu buku brape ratus page aje. Adik2 akan rasa sedikit tertekan dgn subjek ini dan sila tanganinya dgn bijak dan professional. Orang lain boleh mengapa adik2 tidak boleh? Gitew. Ada final exam utk subjek ini.
9.COM668 - COMMUNICATION AND CHANGE
Subjek ini paling menarikkk sekali kerana adik2 akan keluar berjalan dan merasai pelbagai pengalaman dlm usaha menepati kehendak subjek ini. Sila pilih kelas Mama utk merasai nikmat yg tak terhingga sebab adik2 akan puas berjalan dan mcm2 pengalaman boleh ditimba. Program anak angkat antara yg paling seronok dan mengasyikkan. practical is better than teory. Amat mudah utk score A utk subjek ini, dimana sila hadiri kelas, buat report selepas lawatan dan jawab final test. Insyaallah A pasti dalam tangan. sila cepat2 register subjek ni kalo adik2 minat keluo dan berjalan. Believe me! Tiada final exam.
Maka, sekian sahaja subjek yg dpt abg kongsikan bersama adik2 utk broadcasting semester 4 ini. same jugak, ada subjek lain yg adik2 boleh pilih tapi tak tersenarai dlm list di atas. adik2 boleh direct bertanya kpd seniorita2 akan subjek yg tidak tercalon ini. mereka sudi membantu. *kew?* Hehe. Ampun maaf andai ada terkurang. ;)
maklumat lanjut, klik sini utk Kelab Penyiaran UiTM Shah Alam
reference: www.adamroslan.com
No comments:
Post a Comment