Monday, May 27, 2013
Salam kembali.
bismillahirahmannirahim... assalamualaikum..
okay, mohon segala mahluk jahat dan makhluk perosak lain terkontang kanting lari meninggalkan tempat ini. wah semangat.
sedar tak sedar almost 3 months aku intern di media prima. memang seronok tapi gila memenatkan. pesanan kpd adik2 yg berangan sangat nk keje tv, kau rasa dulu keje production ni, baru kau tahu erti seronok penat gila sedih meraung dan seangkatan maksud dengannya. Aku tabah dan cekal tapi gigih menghitung hari nak habis. tak sabar chuols. Mmg best, seronok tapi penatlah. omputeh ckp fun but tired.
lihatlah, benar kata org. tuhan bayar cash. sebab? dulu aku feeling taknak intern production, skali kau media prima call offer intern kt production ni. Gigih menerima dan excited sbb hingatkan best. mmg best pun tapi penat aje. Kau jgn menggelabah tetek dik, penat tu la cabaran kau utk terus maju ke hadapan. boleh? Kau je mampu berada disini dan kwn kau yg lain non mampu. Keje deols non mencabar Hahaha.
Oklah, post aku ni feeling teaser aje. lagi coretan penuh di entry lain ye. mahu 6 7 pages aku gigih kena tulis ni kalo nk story pasal experience. nasib typing kalau kena kena guna mulut ni mahu 4 5 malam xtido. sila jgn cabar aku bercakap sbb pasti susah nk jumpe bonggol, simpang or jalan mati nk berhenti bercakap tau. eh lari tajuk? matilah.
nantikan entry lain yg lg best dan penuh emosi. Aku nk kumpul emosi dan perasaan ni.
cincau lebih ais. bye
Saturday, February 2, 2013
Tanya sama hati.
jujurnya, aku bukanlah jenis lelaki yg punya banyak pengalaman dlm bercinta. sorry tak romantik pon, tapi sweet n comel tu aje ade. ini serious aku tak tipu. tapi, inilah agaknya akibat sweet n comel sangat, sampai susah utk dilupakan oleh bekas-bekas kuih, eh? itu main-main. oleh bekas-bekas kekasih. Okay gempaknyerr bunyik dia. Haha!
Okay tak mahu cerita panjang lebar, ayuh kite saksikan sedikit bingkisan menarik kali ini, yang bertajuk "Masihkah Ada Cinta?" Okay puihhh sekarang.
betapa kesiannya diri ini. terimalah sajak istimewa untuk aku.
ye diri aku.
hariku bkn lagi harus dipenuhi dgn kehadiranmu
ingin sangat aku tahu
hatiku di hatimu?
aku tak tahu.
maka biar benarlah
hanya Tuhan yg tahu
apa yg bermain di kotak hati dan fikiran ini.
Wednesday, January 30, 2013
Penunggang kecil.
lebih gemilang lagi, baru darjah 1 2 pun dah pandai bwk moto. Serious doh taktipu. Gelak hati jgk tengok lebih2 lagi bile bdk2 tu nk balance kan kaki kanan dan kiri supaya jejak kaki ke tanah. Gila kau tak balance kaki, alamatnya kena hempap dek motolah! buatnya patah riuk? Lagi kesian. tapi sapa suro. padan muke.
Lelaki perempuan same aje. Sepesen aje bile bwk moto tapi cube bezanya gaya dan etika ketika menunggang. Maksudnya? yg laki haruslah bwk mcm dh 10 tahun pengalaman bwk moto, walhal? laju kemain siap kita di preng preng nya. Arhh yg pempuan? mcm biase lah menunggang dgn penuh keayuan dan kesopanan dan kesusilaan katanya. Tapi penuh dgn helah dan tipu daya. Feeling cantik atas moto. *dia ingat dia ratu cantik kampung?* okay takpe. Faham. yang penting 3 ke 4 kali pusing kampung itu wajib. Muke sama ni yg lalu dan kadang yg bezanya ada angkut kwn belakang ataupun menunggang secara berjemaah bersama kwn lain.
situasi ini biasa berlaku di kebanyakan kampung. Okay takpe, abg faham dik sbb kita kt dok kampung. Cube kalau secara tibe-tibe kononnya ada polis wat roadblock kt kampung, mahu tak besepah lintang pukang bekeliaran jatuh bukit jatuh longkang masuk rumah orang korang nk melarikan diri kan? Kahkah!
Ok ini kelako. Takpela dik, bwk lah selagi boleh. dpt jugak abg cuci mata. walaupon!
A.S: #teringat zmn dulu, darjah 3 dh bwk moto g sekolah. moto tu dulu pakai kunci berkonsepkan ASBO, asal boleh. kunci loker bilik pon boleh gune utk idupkan enjin. tapi org taktahu pon! Hikhik ;P
Tuesday, January 29, 2013
Rapuh
Panahan Drama.
Okay entry post aje dah seram eh! Membunuh lagi. Okay jom kite jadi skema skejap. Ehem. Setia Hujung Nyawa? okay kalau ditanya kepada 29.7 juta rakyat Malaysia ni, confirm separuh daripada mereka tahu drama yg skang tgah meletop-letop ni. *berani confirm eh*. Memang best and boleh pergi kronologi cite ni sebab sgt memenuhi citarasa dan selera penonton yg aku pasti rata-ratanya memang syok nonton kisah cintan-cinton nie.*feelingnya lebih dan over gitchuw!*
thumbs up utk Suhan Movies sebab bikin drama yg diadaptasi dari novel "Setia Hujung Nyawa" karya Fatin Nabila yg katanya bom bom meletop penjualannya. Hingga ke hari ini, seperti pisang goreng panas. Yang penting aku tak baca pon novel tu, tapi sudah terjebak dan hampir ketagih utk menonton drama ni di televisyen, setiap petang tunggu and pasti tengok. Kalau tak sempat tengok, gigih lagi cekal menonton di tonton.com.my walaupun aku sedar sebenarnya ia mengunyah-ngunyah data internetku yg melampau. Kahkah ;)
Memang sweet habis perkahwinan di usia muda yg penuh dgn suka duka, ceria dan penuh dgn konflik. Well, sedangkan kapel mapel boleh bertekak begadoh, inikan pulak suami isteri. Rencah kari la tuh! Eh rencah kehidupan berumahtangga ahh! Hmm ada watak antagonis dan protagonis yg menghidupkan drama ni. Yang penting, mmg mengundang rase geram dan emosi bile tgk drama ni sampai rasanya mcm nak lempang seko-seko org dlm ni. *serious doh taktipu* tapi diorang berlakon aje, kirenya berjaya membawa watak masing-masing lah! Hahaha.
Okay taknak cerita panjang, kena tengok ajelah n gigih menunggu ntah bile akan habis. Apakah happy or sad ending? nantikan ajelah. Nanti-nanti ajelah implement kan subjek broadcast critique belajo masa sem 4 dulu eh utk buat review and komentar pasal drama ni. Haha! Chaw.
A.S: #serious doh meluat tgk sorang pelakon dlm drama ni sebab dia bajet bagus aje. ingat lagi eh, berani dia bikin panas dan cube utk malukan kami di atas pentas ketika di Penang dulu. Layakla kau dgn watak kau tu! pfft.
Sunday, September 9, 2012
REVIEW BROADCASTING SEMESTER 4
bismillah.. hello uols! Okay, disebabkan ada yg DM and permintaan market yg ramai, *wah berangan* maka abg yg baik hati ini kembali rajin dan ayuh kita menyelongkar review subject broadcasting utk semester 4. Tahniah kepada adik2 yg telah clean paper utk semester lepas. Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan. Wah!
Menyelusuri review BROADCASTING yg seterusnya, berikut adalah antara subjek yg perlu diambil ketika di semester 4.

Utk semester 4 ini, terdapat 5 subjek teras yg WAJIB diambil oleh pelajar, 3 subjek elektif dan 1lagi ialah bahasa ketiga. Jumlah keseluruhan subjek utk semester 4 ialah 9 subjek. *banyak kan? terkencing terkentut tercirit kalo malas dtg kelas and xbuat assignment. So elakkan!
Semester 4 meniti kepada kemuncak jurusan PENYIARAN kerana banyak projek yg kita laksanakan utk semester ini lebih cenderung kearah bidang yg kita ambil ini. Erti kata lain, mmg broadcasting punye line lah! So enjoyyy your semester 4 ini. Ayuh adik2 sekalian kita selongkar apa yg bestnya utk kesemua subjek di atas. ;)
1.ADV443 - INTERNATIONAL ADVERTISING
Ini adalah subjek elektif dimana adik2 akan belajar mengenai Introduction to Advertising khususnya international level. Memang seronok kerana banyak idea yg tersemat di kepala ini boleh dicurahkan dan dikongsikan bersama di dalam kelas. Untuk tugasan individu, adik2 perlu mencari satu journal berkaitan advertising dan merumuskannya ke dalam bentuk point yg lebih mudah seperti yg diarahkan pensyarah. Tugasan kumpulan pula, adik2 akan diberikan satu NEGARA dan dikehendaki mencari info mengenai Negara tersebut dari A-Z. Apa yg perlu ditegaskan sebenarnya adalah produk2 atau iklan2 yg terdapat di Negara tersebut dan kemudiannya membentangkan di dalam kelas. Markah lebih utk adik2 yg rajin datang ke kelas, tunjuk muka dan duduk dibarisan hadapan serta yg suke angkat tangan dan bertanya. Diingatkan juga, setiap minggu kelas ini akan ada assignment in class. Itu semua adalah markah! Sila datang kelas selalu dan jangan ponteng. Prof. Madya Rosni akan tidak teragak2 utk menggagalkan adik2. Takutnya! Ada final exam utk subjek ini.
2.ADV549 - INTERACTIVE ADVERTISING


Subjek ini sangat seronok kerana adik2 akan belajar teknik2 utk menghasilkan sebuah web design hasil ciptaan sepenuhnya oleh adik2. Adik2 akan belajar teori di dalam kelas dan seterunsya mengaplikasikannya ke dalam bentuk web. Adik2 boleh create idea yg menarik dan persembahkannya dlm website adik2. Tak semua org boleh design web dan ada web sendiri, advantage pada adik2 yg mengikuti kelas ini adik2 akan belajar itu semua. Sila datang awal ke kelas dan jangan pakai topi di dalam kelas kerana adik2 akan tahu akan musibah yg bakal menimpa adik2. En Khai amat tegas dan seronok orangnya. Tiada final exam.
3.BGM451 - GERMAN LANGUANGE II
Seperti yg adik2 belajar di semester 3, cuma pembelajarannya semakin mencabar dan lebih menarik. Adik2 akan belajar mengenai perkakas2, lokasi yg terdapat di rumah, masa/waktu dan sebagainya. Tugasan kumpulan sama sahaja mcm semester lepas, iaitu menyediakan video projek berdasarkan tema yg diberi. Semakin berbelit2 dan terangkat2 lidah adik2 utk menyebut perkataan Jerman ini.
4.BRO536 - BROADCAST CRITIQUE AND APPRECIATION
Anda kenal siapa itu Sultan Muzaffar? Ali Atan? Mereka adalah pengkritik filem terkenal di Negara ini. Adik2 akan belajar bagaimana utk mengkritik filem tak kisah dalam or luar Negara dari segi teknikal, penceritaan, plot, cinematography, sound dan mcm2 lagi. Adik2 akan menyelongkar apa nilai2 murni, pengajaran dan meseg yg cuba utk disampaikan oleh pengarah. Adik2 minat atau tidak sesuatu filem itu? Adik2 tulis di atas kertas apa jua suka atau tidak kerana adik2 adalah pengkritik. Jgn over tulis kang kena saman nanti kan! Hehe. Ada final exam utk subjek ini.
5.BRO537 - BROADCAST AND MULTIMEDIA PRODUCTION





boleh dikatakan ini adalah subjek yg terbest jugaklah sbb byk masa akan dihabiskan dlm studio. utk subjek ini, Tugasan Pertama, adik2 dikehendaki buat short film mengikut tema yg diberikan. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan kerana adik2 akan disembur teruk jika idea yg dipersembahkan kepada lecturer amat tidak bagus skali. 20 idea belum tentu diterima dan diluluskan oleh lecturer. Sila bertahan kerana byk tenaga, masa dan wang ringgit akan diguna ketika menyiapkan short film ini. Tugasan kedua pula ialah menerbitkan sebuah rancangan dalam studio selama dua jam. Mungkin ini yang menjadi cabaran kerana pelajar perlu menyiapkan idea, konsep dan merancang pra-penerbitan sebelum rancangan berlangsung. Nak bercerita tentang perancangan, memang panjang. Pada masa yang sama, anda perlu juga belajar mengendalikan semua job di dalam konti seperti menjadi pengarah, penolong pengarah, VT operator, switcher, pengurus pentas, operator kamera, lighting, dan audio man. adik2 juga akan belajar shot2 camera dan bagaimana utk mengendalikan SCP dan MCP. Selain itu, apa yang akan adik2 dapat daripada kelas teori untuk membuat camera card, que card dan running order akan digunakan sepenuhnya semasa praktikal di studio nanti. Subjek ini akan menjadikan adik2 seorang broadcaster yg hebat kerana adik2 akan feeling dan rasa diri di dunia sebenar belakang tabir penyiaran. Opss banyak masa akan dihabiskan di dalam studio nanti. Suka duka kumpulan adik bersama-sama. Jangan lupa pakai kasut dan baju hitam semasa di studio sebelum dihalau keluar oleh Mr Razeef! Tiada final exam.
6.BRO538 - RADIO AND TELEVISION NEWS
Anda berbakat menjadi seorang penyampai berita? Ingin menjadi seperti Kamaruddin Mape? Pang Chin Fei? Tonjolkannya disini! Utk subjek ini, terdapat 2 tugasan. Tugasan individu adik2 dikehendaki melaporkan berita di tempat kejadian atau erti kata lain menjadi wartawan penyiaran. Sama seperti Karam Singh Walia, pergi ke tempat kejadian dan melaporkan di hadapan kamera. Abg percaya mulut dan tangan adik2 akan teketar-ketar, dan sebutan adik2 menjadi beterabur sebab bukan mudah utk beraksi dihadapan kamera. Tugasan kedua dan kumpulan, adik2 perlu merangka berita utk setiap seorang dan berita adik2 akan dibaca oleh penyampai berita. Adik2 akan belajar tugas ketika di belakang tabir utk live news di televisyen. Ketika itu, di dalam control room, telinga amat perit kerana dalam kalangan adik2 akan menjerit2 utk memberi que kepada reader dan each other. Adik2 akan feeling habis ketika membuat projek ini kerana adik2 seperti sedang REAL mengendalikan berita tv seperti yg adik2 lihat di RTM dan TV3. Tiada final exam.
7.BRO539 - ELECTRONIC MEDIA MARKETING STRATEGIES
Subjek ini akan mendedahkan kpd adik2 mengenai kerja dan tugas di bahagian pemasaran. Ops ingat marketing ingat En ZUL. Hahaha tapi ini lebih menarik dan seronok. Adik2 dikehendaki pergi ke mana-mana stesen radio di Malaysia dan berjumpa dgn bahagian pemasaran utk bertanya soalan seperti yg diberikan pensyarah. Kemudian, bentangkannya di dalam kelas dan disitu akan terbongkar stesen radio mana yg paling best, ranking tertinggi, iklan termurah dan sebagainya. Peluang utk adik2 melawat konti radio dan ada contact dgn mereka. Memang enjoy! ;) Ada final exam utk subjek ini.
8.COM565 - MEDIA LAW AND REGULATIONS
Ye betul, ini ada killer paper utk semua pelajar masscomm di semester 4. Subjek ini amat digeruni, ditakuti dan bakal menjadi mimpi ngeri kepada adik2. Adik2 akan belajar akta2 media dan akta2 di Malaysia. Banyak fakta dan kes yg perlu dihafal dan diingati. Adik2 akan feeling sbg seorang peguam pabila belajar subjek ini. Dan diingatkan sekeras-kerasnya, sila focus dan beri perhatian penuh kpd subjek ini kerana jika adik2 malas dan cuai, kelak merana diri. Subjek ini bisa buat hidup2 adik2 berdarah kerana ramai yg repeat utk subjek ini.*mintak dijauhkan Amin!*. Sesungguhnya amat menggerunkan! Tunggu ye! Ops sila buat book review by Tom Crone. Wajib skali dibuat tak banyak satu buku brape ratus page aje. Adik2 akan rasa sedikit tertekan dgn subjek ini dan sila tanganinya dgn bijak dan professional. Orang lain boleh mengapa adik2 tidak boleh? Gitew. Ada final exam utk subjek ini.
9.COM668 - COMMUNICATION AND CHANGE
Subjek ini paling menarikkk sekali kerana adik2 akan keluar berjalan dan merasai pelbagai pengalaman dlm usaha menepati kehendak subjek ini. Sila pilih kelas Mama utk merasai nikmat yg tak terhingga sebab adik2 akan puas berjalan dan mcm2 pengalaman boleh ditimba. Program anak angkat antara yg paling seronok dan mengasyikkan. practical is better than teory. Amat mudah utk score A utk subjek ini, dimana sila hadiri kelas, buat report selepas lawatan dan jawab final test. Insyaallah A pasti dalam tangan. sila cepat2 register subjek ni kalo adik2 minat keluo dan berjalan. Believe me! Tiada final exam.
Maka, sekian sahaja subjek yg dpt abg kongsikan bersama adik2 utk broadcasting semester 4 ini. same jugak, ada subjek lain yg adik2 boleh pilih tapi tak tersenarai dlm list di atas. adik2 boleh direct bertanya kpd seniorita2 akan subjek yg tidak tercalon ini. mereka sudi membantu. *kew?* Hehe. Ampun maaf andai ada terkurang. ;)
maklumat lanjut, klik sini utk Kelab Penyiaran UiTM Shah Alam
reference: www.adamroslan.com
Friday, September 7, 2012
REVIEW BROADCASTING SEMESTER 3
- BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
- BGM401 – GERMAN LANGUAGE I
- BRO530 – RADIO BROADCASTING
- BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA
- BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES
- COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS
- CTU553 – ETHNIC RELATIONS
- COM466 – PUBLIC OPINION
- LIB501 – MANAGEMENT



LIB501 – MANAGEMENT
Subjek ini lebih menjerumus kepada utk menjadi seorang Manager yg berjaya dan berkualiti tinggi. Mengajar kita untuk menguruskan sebuah pasukan atau syarikat. Projek akhir ialah menyiapkan satu case study syarikat atau membuat kajian tentang sesebuah syarikat (yang wujud atau rekaan). kerja kumpulan ini seterusnya akan dibincangkan dan dibentangkan di dalam kelas. Adik2 akan lebih yakin utk berkata2 mewakili setiap jawatan yg disandang oleh adik2 dlm syarikat anda itu. extra marks utk yg presentation yg kreatif, unik dan meletop. Ada final untuk subjek ini.
Maka sekian sahaja subjek yg dpt abg kongsikan bersama adik2 utk Broadcasting Semester 3 ini. ada subjek lain yg adik2 boleh pilih dan tidak tersenarai dalam list di atas. Adik2 boleh bertanya kepada seniorita2 yg lain akan subjek yg tidak tercalon ini. mereka sedia membantu. *ke?* Hehe. Hidup BROADCASTING! Tiada jalan yg mudah utk berjaya.
maklumat lanjut, anda boleh klik sini utk Kelab Penyiaran UiTM Shah Alam.
reference: www.adamroslan.com










