Sunday, July 31, 2011

Ramadhan.

Bismillahh.
Salam Ramadhan Al-Mubarak

Selamat menjalani ibadah puasa kepada semua umat islam dan kenalan yg mengenali diri ini. Semoga ramadhan kali ini lebih bermakna, membawa sejuta kebahagiaan, keceriaan dan kegembiraan kepada diri kita. Insyaallah..

AZAM puasa tahun ini :

1. kurangkan buat lawak kt ofis
2. kurangkan ketawa kt ofis/memane2 jek
3. jadi pendiam sikit *sikit jekk ke?
4. jage mata, telinga, mulot dan anggota *mampu ke?
5. jadi baik sikit and kurang notty *lagilaaaa...
6. kurus! kurus! kasik pecah lemak sket *banyak2 please?

moga-moga bolehla. berjayalah. insyaallah. *hihi

ikhlas : Adell Shukor.

Wednesday, July 27, 2011

ambition

hari ini,
apabila ditanya mengenai
impian dan cita-cita ......




ingin menjadi seperti ini ....


"bercakap memang mudah,
utk bercakap dihadapan khayalak ramai bukan ssuatu yg mudah"

##


weight


bila nak kurus ni?

Tuesday, July 26, 2011

be cool man

bravo. cool.
o_o

GOAL

*klik gambar utk saiz yg lebih besar, jelas dan lebih nampak.

Sarjana Muda Komunikasi Massa (Penyiaran)
Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media UiTM Shah Alam

Syukur syukur alhamdulillah satu lagi impian yg aku impikan telah termakbul dan menjadi realiti.
terima kasih Ya Allah kerna bagi aku peluang dan ruang utk futher studies ni. huhu :)
pasni belaja leklok and leh capai cite2 and kejar impian tu,
iaitu nak jadi wartawan penyiaran. *bole ke? BOLEH!
ini platform utk kejar kerjaya yg diimpikan selama ini,
and bak kate org puteh,
I will do and perform my best, as best as I can be. Wahh gitew~

then,
Tunggu dan Nantikan !
Aura Adell Shukor di sana! *verangannnnnnn moge jadi kenyataannnnn.
wish me all the best and luck.

toceh toceh toceh!

Monday, July 25, 2011

Hanya Dia.


Haaa, kalo sblum ni kita salu tgk dlm tb, cite Fear Factor tu kan kt tb AXN Astro tu. *sape takde astro kesian kt dia. haha:)
masa nk beli pisang goreng dpn kolej aritu, tetibe aku terus snap bende nie, wahh! ada jugak sticker cam nie kan? tapi betul lah, *okay mood baik kejap.
mmg diakui dan tak dinafikan, we should fear to Allah. Allah is the only one. Kita kena buat segala suruhannya dan jauhi larangannya. *saya rasa diri saya hina. saya tak buat suruhan Allah. :((((((

korang? Luols fikirlah sendiri. Renungan bersama.
taknak cakap banyak. korang cakap sendiri. hehe

*okay mood silent. bermuhasabah diri.

perut.


alahai mak minah oi, ikutkan hati aku, aku nak makan makan makan jek. makan bebanyak lauk, memacam makanan, yg sedap-sedap, yg semua aku nak makan, yg ape jek teringin aku nak makan, erti kata lain, makan, makan, makan, makan dan makan.
tapi apekan daya, tahan and sabar ajelah.. *telan airliur tgk org makan sedap.
kalo lah perut ni bole becakap, mesti! konfirm! non stop punyelahhh dia sebut aneka and memacam makanan yg dia nak makan. *Ehh takutlah kalo perut bole cakap. euw
Ehem, dear perutku syg,
saba ye perut, perut kena saba and tahan. perut kata nak kecik and slim kan?
kena kawal semua tuu.. sobbb.. okay perut? *perut takdenga cakap. kbye

Grrrrrrrrrrrrrrrr ..

*p/s: bdn semakin kurus dan perut semakin kecik.
betul taktipu. kbye

Sunday, July 24, 2011

kepada lelaki,

wahai lelaki,
(okay, aku pun bace tp dlm hati jek. hihi..)

andainya lelaki tahu.. apabila seorang perempuan jatuh cinta, lelaki itu tidak semestinya punya segalanya tetapi lelaki itu adalah segalanya di hatinya. andainya lelaki tahu apabila seorang perempuan itu mengalirkan air mata, itu bukan bermakna dia lemah tetapi dia sedang mencari kekuatan untuk terus tabah menyintai lelaki itu.. andainya lelaki tahu apabila seorang perempuan marah, memang dia tidak mampu mengawal perasaannya tapi percayalah, itulah maknanya dia sangat mengambil berat dan menyayangi lelaki itu. lihat saja pasangan yang baru bercinta, mereka jarang bergaduh tetapi percayalah semakin bertambah sayang mereka pada seseorang, semakin pula banyak pertelingkahan yang berlaku. andainya lelaki tahu apabila perempuan bercakap banyak, dia tidak pernah bermaksud untuk membuat anda rimas tapi dia mahu lelaki mengenalinya dengan lebih dekat. andainya lelaki tahu apabila perempuan berkata dia mahu anda berubah, itu bukan bermakna dia tidak mahu menerima anda seadanya tetapi dia mahu menjadikan anda lebih baik.. bukan untuk dirinya tetapi untuk masa depan anda. andai lelaki tahu apabila perempuan cemburu dan tidak percayakan anda, bukan bermakna dia tidak sayang tetapi dia terlalu sayangkan anda dan masih mengangap anda anak kecil yang masih memerlukan sepenuh perhatian. kadang2 dia terlalu risau sekiranya terlalu percaya, anda akan mengkhianati kepercayaan yang diberi. naluri keibuannya sangat kuat. dia hanya mahukan yang terbaik untuk anda. andai lelaki tahu apabila perempuan merajuk jangan kata dia mengada-ngada. dia bukannya mahu dipujuk dengan wang ringgit atau hadiah sedozen tetapi cukup dengan perhatian yang boleh buat perempuan rasa dihargai. andai lelaki tahu apabila perempuan jarang mengatakan ‘i love u’, itu tidak bermaksud dia tidak menyintai anda tetapi dia mahu lelaki itu merasai sendiri cintanya, bukan hanya hadir dari kata-kata tetapi juga melalui bahasa tubuhnya. andai lelaki tahu apabila perempuan kata dia rindu sama kamu, dia benar-benar maksudkannya. apabila berjauhan, bayanganmu akan sentiasa bermain di mata. andai lelaki tahu apabila perempuan kata lelaki lain itu lebih baik dari kamu, jangan percaya kata-katanya kerana dia hanya mahu menguji kamu. dia mahu melihat sejauh mana kamu sanggup menjadi yang terbaik di matanya. walaupun sebenarnya memang kamulah yang terbaik di hatinya. selagi dia dengan kamu, percayalah, walaupun perempuan menganggap masih ramai lagi yang lebih baik di matanya tetapi di hatinya kamu tetap yang terbaik. andai lelaki tahu apabila perempuan menjadi degil, dia bukan bermaksud untuk menjadi degil tapi dia mahu melihat sejauh mana lelaki itu mampu bersabar dengan kerenahnya. percayalah, hati perempuan itu sangat lembut. andai kena caranya, jangan terkejut kalau akhirnya dia menukar fikirannya dalam masa sesaat. andai lelaki tahu apabila perempuan berkata, “tolong tinggalkan saya!”, dia tidak bermaksud menyuruh anda pergi selamanya. apabila dia kembali tenang, percayalah dia akan mencari anda semula. itu tandanya dia benar-benar menyintai anda. perempuan sukar untuk mengawal perasaan, dia terlalu emosional tapi dialah yang paling menyayangi anda dan sangat sensitif dengan perubahan pada diri anda. andai lelaki tahu sememangnya Allah menciptakan lelaki dan perempuan itu dengan perbezaan yang tersendiri tetapi sekiranya mereka saling memahami, mereka akan saling melengkapi dan menyempurnakan . perempuan itu diciptakan oleh Allah indah sekali. di sebalik air matanya, tersimpan seribu satu kekuatan yang bakal menjadikan seorang lelaki itu merasa selamat bersamanya biarpun zahirnya perempuan itu tampak lemah tapi dia punya kekuatan tersendiri yang bisa menggoncang dunia dan mungkin bisa pula membuat lelaki menjadi lemah kerananya. jadi hargailah kehadiran seorang perempuan dalam hidup anda kerana dia didatangkan bukan dengan kelemahan sahaja tetapi dia juga ada kekuatan untuk menyongkong anda dan membuatkan hidup anda lebih sempurna. dialah yang bakal menjadi perempuan bekerjaya, isteri juga ibu yang terbaik untuk anak-anak anda.