Wednesday, June 5, 2013

Kahwin.

Selamat pengantin baru pengantin segar pengantin elok pengantin terkini kepada Izzue Islam. muda lagi kau dah kahwin. takpelah Izzue, seru dan jodoh kau dah sampai awal harus kau menerimanya kan. gila kau nak menolak ketentuan Tuhan? Allah dah janjikan yang terbaik untukmu dan pasanganmu. Peliharalah rumahtanggamu dengan baik dan sempurna. Wah makan hati Ustazah Norbayah dengar statement ni tau gila kau aku layak duduk sebaris dengan dia tau bagi nasihat kat orang.*walaupun diri aku ni? Ok hampeh. aku tahu tu jawapan korang dalam hati. siot kau eh. *lari tajuk 100meter*

ok. dah nama pun wartawan penyiaran, diri aku tak lepas dari mendengar gosip2 hangat, panas, membara dan buih2 menggelegak dgn perkahwinan si Izzue ni. korang memang mulut busuk kan asik nak busybody hal rumahtangga org kan? Biarlah dia kahwin dgn siapa, kita doakan dia bahagia saja. cukup! Tapi kan kenapa dia kahwin dgn org lagi berusia daripada dia? *Ah sudah aku pun jangkit dah! ya Allah, aku tarik balik ayat aku tu. Ok dah insaf.

yang orang sibuk cakap pasal perkahwinan dia ialah perkahwinan dia dengan wanita yang berusia dan wanita itu kurang mempunyai rupa yang cantik. tak baik tau korang.

Hello. kau cantik mana pon kalau hati tak baik hado orang nak? ye memang ada. Gila takda. Why org sibuk pertikaikan yg dia hensem tapi dpt yg tak berapa nk lawo. Hello, rupa bkn menjadi ukuran kebahagiaan sesuatu perhubungan itu. biarlah tak cantik rupa, asal punyai hati, tingkahlaku, budi pekerti yang baik dan menarik. Itu yang lagi baik. siapa kita nak nilai manusia berdasarkan rupa? Kau nk jadi mcm Dang Suria? oh, Semoga Dang Suria bertaubat dan cepat-cepat kerepot. *sambil lempar batu kt muka dia*

Seterusnya, orang kata jika si suami lebih muda daripada si isteri, murah rezekinya. Moga harapnya begitulah. jika si isteri lebih tua kan bagus, at least dia boleh bantu membimbing suami dia ke jalan yang benar dan lebih sempurna. yelah, isteri tu lagi tua harus banyak pengalaman hidup chuols. dulu makan kicap orang tua kata. kelas kau kicap! okbye

statement Izzue "segera mahu mendapatkan anak" benar2 menjadikan aku tersentap skejap. sumpah taktipu. Aku jadi mcm xsabar nk kahwin. bukan gatal bukan miang tapi tak sabar. *eh mcm mane tu? Ok gatal. kalau ibu ayah abg akak aku tahu ni, mmg mati kena carut dan letehan 24 jam tanpa henti. Gila kau harta pun tarak lagi, ekonomi pun hancur, duit pun mintak akak abg ayah lagi. Boxer je beli sndiri guna duit simpanan. Ok satu kemajuan sbb spender ibu ayah tak belikan.

bina masjid satu perkara yang baik. inshaallah pasti akan berlaku. sekarang bukan tak laku tapi belum sampai seru. awal lagi ni. lambat sket nanti ada ye. peminat mohon bersabar dan jangan sesekali tanya bile nk kahwin. iols curah kepala uols dengan sos cili maggi nanti.

p/s: ini coretan kosong saja. penulis taktahu nk carut apa walaupun byk nk dicarut dan dikeji. btw, sekarang musim tunang nikah dan kahwin. rakan2 penulis ramai yg sudah. tumpang gembira ye kawan2! semoga bahagia. buat anak ramai-ramai, memeriahkan lagi umat Nabi Muhammad. *kau suka eh! Miang. 

Wednesday, May 29, 2013

Siapa yg salah? Kau.

bismillah.. *sound lagu titanic*
wah syahdu lagi drama opening iols. *montage request lagu drama setia hujung nyawa please!* Gigih nk jugak!

baiklah, terus kpd tajuk utama hari ini. Seperti yg sedia maklum, semalam ialah hari selasa. hari aku offday. aku pergi shooting dekat PJ. org tu tak provide makan pon. eh? *okay aku mengarut* lari tajuk rupanya. bukan ini yg aku nk cite sebenarnya. ok kite serious sekarang.

Semalam telah berlaku rusuhan penyokong bolasepak antara JDT dan PHG di Stadium Darul Makmur Pahang. At last, perlawanan ditunda kerana keadaan semakin kronik dan tidak terkawal. Sehingga ke harini, status di facebook, twitter, blog dan laman sosial lain sesak teruk dengan rasa tidak puas hati antara dua pihak ini, ada yang membantah, mengeji, memaki maki maki maki dan ada yg bagus pabila ada yg sedar kesilapan sendiri. *nada sukan yg serious* Okay aku boleh ganti pengulas sukan Hasbullah Awang. kan Abg Bulla? matilah.


pelbagai persepsi datang daripada dua pihak ini, ada yg mengatakan penyokong JDT yang mulakan. ada juga yg mengatakan penyokong PHG yg mulakan. entah yg mane satu sebab aku takde disitu. Jauh nok pahang. Gila kau nk pegi smata2 nk tgk bola? habis keje aku sape nk buat? Kak Ramlah cleaner Media Prima nk buatkan? okbye.

Analoginya, ibarat rumah kau masuk pencuri la dik. Sapa kau teriak dan kau salahkan? haruslah anak Pak Mail yg baru keluor penjara kau salahkan. Walhal, kau tidur tak kunci pintu tu. Salah siapa? Siapa yg mengundang dulu? Ok fikir sendiri. haruslah kau nk bekap diri kau dik dan tetap nk salahkan anak Pak Mail yang kacak ittew. *nama rekaan tidak ada kena mengena kpd yg masih hidup atau mati* Larikk.

apa yg aku boleh simpulkan secara ringkas, mudah, padat dan malasnya ialah tak kira siapa yg betul dan siapa yang salah, masing-masing gigih cekal utk terus mempertahankan negeri sendiri. Tiada yg mahu mengaku salah. Manusia berak atas padang ada yg nak mengaku? Gila kau. Tiada! hanya kucing yg mampu mengaku. boleh? tengok ni!



sudah cukup sudahlah. Majulah sukan utk negara? Puih. lihat jela dgn apa yg dah berlaku. ini baru dlm negara. kucar kacir dalam gelanggang di negara sendiri. malu dik.
Pengajarannya ialah Bola itu bulat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. bincang elok2 kita selesai cara elok ye? *duduk seksi penuh menggoda*

P/S: gua ramai kwn kt phg tu. plus, dulu gua stdy pahang 3 taun tau. hari2 dok menghadap stadium darul makmur tu. gua steady! gua ttp baik dgn org phg. gua kwn ok! kwn. HAHAHA

padahal aku di belakang tabir off record: come on JDT sesah pahang tu! pfffft! rimau ngaum kasik baham tok gajah! sial buat onar! *eh aku over emo*  hidup JDT. muah muah muah

Akhir kata, #JDT #LuaskanKuasamu dan #PHG #LuaskanStadiummu. okbye Larikkkkk!

Tuesday, May 28, 2013

Gila betul kau

Salam manis Salam kurma utk semua. Manisnyaa kurma! *ok mengarut takde kena mengena. Harapannya salam ceria dan salam gembira utk semua. walaupun kau sedang bersedih dik, kau kena berlakon gembira kerana dunia ni pentas lakonan, ada org kesah kau bersedih? ok kau simpan muka kesian kau tu. Senyum sekarang! Ok bagus.

kembali bersiaran kita disini. *walaupon?
Tadi dok menelaah facebook, tetiba ternampak ini, terus hati dan naluri ini mengangguk ya dan bersetuju dengan bende yg aku lihat ini. tengok tengok ni.


Okay sekarang i nak uols bermuhasabah diri dan berisitiqamah 3 minit skejap. tepuk dada jangan kau tanya selera dik. kau tanya selera abg dh tahu apa jwpannya, tak kfc, mekdi, tak mekdi, beger king, tak beger king, beger bakar, tak pon subway, lepastu all vegetables, all sauces, onions lebih, jalapenos taknak, eh? aku yg over. Ok abaikan aku mengarut. *sebab aku lapo nak subway :(

Okay sambung, apa yg chuols tengok atas sah2 aku gerenti 300% korang buat. konfirm! sebab aku pun buat. Hahahahaha betulkan? Aku sanggup kaler kuku kaler ijau taik lembu kalo korang kata takpenah buat camni! Nipu tu nipuuuu. Hehe. Ok baiklah sambung lagi. Ada lagi insiden2 lain yg biasa dan suka kita buat (diri ini pun selalu dan kerap buat ok) yang seberadik dan sepupu dengan senario di atas iaitu :

CERITA SATU:

kau dh berjanji dgn Man (Tukiman bin Suparman nama sebenar) utk pergi lepak dan shisha dgn dia kt uptown Kota Damansara.

Man : Wei bedol, kau katmane dok?
Joe : Japp wei aku kt bawah umah ni, atas moto dah ni, nk gerak dah nie. Sabo dok sabo
Man : Okay cepat sket bodoh

situasi sebenar: Kau baru siap mandi, nk pakai deodorant n pakai bedak kt badan kan? Kau tipu kata kt bawah kan? Jahat gila vavi kau, mak kau ajar jadi penipu ke? *Ya Allah aku selalu buat camnie :( *insaf 4 minits

CERITA DUA: 

kau dah telambat gile nk pegi keje lepastu kau tipu lagi. Jangan sampai pengakhiran cerita kau sedih tau dik. contohnya jeng jeng *munyik drum 4 kali*

Ain : Hello Amer awk katmane ni? Awk lambat dah nie, semua org tunggu awk nie!
Amer : japp kak! Amer kt bawah ni, cari parking motor sekajapppp!
Ain : Ok cepat cepat cepattt! pantas
Amer : okbye

situasi sebenar: kau sedang berada di trefik light yg jauh dengan tmpt ofis kau 5 km lagi. Abg jamin dik, time tu mesti kau tgn menggelabah tetek dada isi perut hempedu usus testis bagai. bayangkan, kau nk cepat sekali eksiden depan tu dan meninggal. Ya Allah, kau mati dengan keadaan menipu dik! Kau mati sbg seorang pennnntipu! *Ya Allah aku buat selalu jgk mcm ni :( *insaf lagi. tambah 4 minits lagi. total 8 minits.

apa kata kawan2 sekalian? tersedar dari lamunan terhenti tak? Aku jamin kenyataan semua diatas mmg selalu kita buat. termasuk abg jgk dik. Abg mmg selalu buat, alaa abg pun manusia biasa tak lepas dari menipu dan main alasan. Haha boleh?

Konklusinya, kita buat gini ada sebabnya. Sometimes kita bangun lewat, kita leka main fesbuk dan sebagainya. Kita feeling sempat utk kite cepat2, at last, kelambatan juga. well, nk sedapkan hati lagi, kita buat utk senangkan hati diri dan kawan kita kononnya, walhal menyusahkan kita. tapi yang penting inilah yg berlaku. Hanya di Malaysia sangat chuols! Ok boleh masuk segment Nasi Lemak Kopi O.

sehingga berjumpa lagi. muahhh Salam madu 10 cawan. Ok kencing manis. Okbye
*eh lupe, jomlah share kalau chuols ada jugak story panas berlendih ketiak mcm nie. 

Monday, May 27, 2013

Salam kembali.

fuh fuhh *tiup sawang* penuh sawang dgn taik cicak, taik biawak dan sebagai taik yg ringan sini. lame betul aku tak carut kt sini. busy keje mencari rezeki utk anak bini katanya walaupun intern saje. feeling bekerja gitu. baiklah sambung. skejap kena baca doa dulu ni, lebih 40 hari syaitan dan segala keturunan dia mesti dh ada sini, elok baca doa skejap utk menghalau mereka dan anasir2 jahat.

bismillahirahmannirahim... assalamualaikum..
okay, mohon segala mahluk jahat dan makhluk perosak lain terkontang kanting lari meninggalkan  tempat ini. wah semangat.

sedar tak sedar almost 3 months aku intern di media prima. memang seronok tapi gila memenatkan. pesanan kpd adik2 yg berangan sangat nk keje tv, kau rasa dulu keje production ni, baru kau tahu erti seronok penat gila sedih meraung dan seangkatan maksud dengannya. Aku tabah dan cekal tapi gigih menghitung hari nak habis. tak sabar chuols. Mmg best, seronok tapi penatlah. omputeh ckp fun but tired.

lihatlah, benar kata org. tuhan bayar cash. sebab? dulu aku feeling taknak intern production, skali kau media prima call offer intern kt production ni. Gigih menerima dan excited sbb hingatkan best. mmg best pun tapi penat aje. Kau jgn menggelabah tetek dik, penat tu la cabaran kau utk terus maju ke hadapan. boleh? Kau je mampu berada disini dan kwn kau yg lain non mampu. Keje deols non mencabar Hahaha.

Oklah, post aku ni feeling teaser aje. lagi coretan penuh di entry lain ye. mahu 6 7 pages aku gigih kena tulis ni kalo nk story pasal experience. nasib typing kalau kena kena guna mulut ni mahu 4 5 malam xtido. sila jgn cabar aku bercakap sbb pasti susah nk jumpe bonggol, simpang or jalan mati nk berhenti bercakap tau. eh lari tajuk? matilah.

nantikan entry lain yg lg best dan penuh emosi. Aku nk kumpul emosi dan perasaan ni.
cincau lebih ais. bye

Saturday, February 2, 2013

Tanya sama hati.

memang benarlah apa orang kata, memang mudah untuk jatuh cinta, tapi utk melupakan seseorang yg pernah dicintai bukanlah sesuatu yg mudah. *yeke? biase aje?*. Okay tipu. betullah tu! well dengan erti kata lain, 5 minit boleh utk mencintai tapi 5 tahun belum tentu boleh melupai. Nah! begitu hebat di ranjang. Eh? tetibe. begitu hebatnya cinta lahh, omputeh kata power of love. Kah3

jujurnya, aku bukanlah jenis lelaki yg punya banyak pengalaman dlm bercinta. sorry tak romantik pon, tapi sweet n comel tu aje ade. ini serious aku tak tipu. tapi, inilah agaknya akibat sweet n comel sangat, sampai susah utk dilupakan oleh bekas-bekas kuih, eh? itu main-main. oleh bekas-bekas kekasih. Okay gempaknyerr bunyik dia. Haha!

Okay tak mahu cerita panjang lebar, ayuh kite saksikan sedikit bingkisan menarik kali ini, yang bertajuk "Masihkah Ada Cinta?" Okay puihhh sekarang.




ini memang serious takut dan menakutkan.
betapa kesiannya diri ini. terimalah sajak istimewa untuk aku.
ye diri aku. 

apa kau mahu
pada diri aku
kau terbang sudah menjadi abu
hadirmu merungsingkan aku
izinkan aku menikmati bahagiaku
apa lagi yg kau mahu
cinta yg pernah terbuku? cinta dahulu?
hariku bkn lagi harus dipenuhi dgn kehadiranmu
ingin sangat aku tahu
apakah kau masih ada di ruang hatiku
hatiku di hatimu?
aku tak tahu.

maka biar benarlah
hanya Tuhan yg tahu
apa yg bermain di kotak hati dan fikiran ini.

##

Wednesday, January 30, 2013

Penunggang kecil.

dulu zaman aku kecik2, taklah ramai yg pandai bwk moto sangat. sape yg pandai bwk moto dulu, kire hebatlah dia! *yes aku tergolong!*sampai memasing dh beso barula pandainya. Tapi, hari ini berbeda benar. Kerana apa? Taklah terkejut sgt melihatnya tapi acap kali bermain di minda betapa cepat dan pantas nya belari peredaran masa millenium ini. *skema tak?skema tak?* Kah3! Tapi budak skarang kecik2 ketot aje dh belumbe2 tunjuk eksen bwk moto atas jalanraya. *biadap eh siap preng!preng! depan kita!* Ok takpe. Abg maafkan.

lebih gemilang lagi, baru darjah 1 2 pun dah pandai bwk moto. Serious doh taktipu. Gelak hati jgk tengok lebih2 lagi bile bdk2 tu nk balance kan kaki kanan dan kiri supaya jejak kaki ke tanah. Gila kau tak balance kaki, alamatnya kena hempap dek motolah! buatnya patah riuk? Lagi kesian. tapi sapa suro. padan muke.

Lelaki perempuan same aje. Sepesen aje bile bwk moto tapi cube bezanya gaya dan etika ketika menunggang. Maksudnya? yg laki haruslah bwk mcm dh 10 tahun pengalaman bwk moto, walhal? laju kemain siap kita di preng preng nya. Arhh yg pempuan? mcm biase lah menunggang dgn penuh keayuan dan kesopanan dan kesusilaan katanya. Tapi penuh dgn helah dan tipu daya. Feeling cantik atas moto. *dia ingat dia ratu cantik kampung?* okay takpe. Faham. yang penting 3 ke 4 kali pusing kampung itu wajib. Muke sama ni yg lalu dan kadang yg bezanya ada angkut kwn belakang ataupun menunggang secara berjemaah bersama kwn lain.

situasi ini biasa berlaku di kebanyakan kampung. Okay takpe, abg faham dik sbb kita kt dok kampung. Cube kalau secara tibe-tibe kononnya ada polis wat roadblock kt kampung, mahu tak besepah lintang pukang bekeliaran jatuh bukit jatuh longkang masuk rumah orang korang nk melarikan diri kan? Kahkah!
Ok ini kelako. Takpela dik, bwk lah selagi boleh. dpt jugak abg cuci mata. walaupon!

A.S: #teringat zmn dulu, darjah 3 dh bwk moto g sekolah. moto tu dulu pakai kunci berkonsepkan ASBO, asal boleh. kunci loker bilik pon boleh gune utk idupkan enjin. tapi org taktahu pon! Hikhik ;P

Tuesday, January 29, 2013

Rapuh


harus kau tahu hati ini mudah terasa hati dan begitu sensitif. 
aku merayu, usahlah mengundang rasa pilu dan sedih di hatiku.
kau harus tahu. 

meski ku rapuh dalam hati
bukan tak setia kepadamu
namun cinta dalam jiwa
hanyalah padamu
dalam dadaku harap hanya
dirimu yang akan terus bertakhta

*cintan cinton jiwang karat besi betul!*

A.S: #sedangkan tgk cerekarama TV3 pon boleh meleleh, inikan pula dipanah di badan sendiri. Ouh sakit sakit sakit sakit. *sambil menangis ala-ala lakonan wan maimunah* kahkahkah! ;)

Panahan Drama.


Okay entry post aje dah seram eh! Membunuh lagi. Okay jom kite jadi skema skejap. Ehem. Setia Hujung Nyawa? okay kalau ditanya kepada 29.7 juta rakyat Malaysia ni, confirm separuh daripada mereka tahu drama yg skang tgah meletop-letop ni. *berani confirm eh*. Memang best and boleh pergi kronologi cite ni sebab sgt memenuhi citarasa dan selera penonton yg aku pasti rata-ratanya memang syok nonton kisah cintan-cinton nie.*feelingnya lebih dan over gitchuw!*

thumbs up utk Suhan Movies sebab bikin drama yg diadaptasi dari novel "Setia Hujung Nyawa" karya Fatin Nabila yg katanya bom bom meletop penjualannya. Hingga ke hari ini, seperti pisang goreng panas. Yang penting aku tak baca pon novel tu, tapi sudah terjebak dan hampir ketagih utk menonton drama ni di televisyen, setiap petang tunggu and pasti tengok. Kalau tak sempat tengok, gigih lagi cekal menonton di tonton.com.my walaupun aku sedar sebenarnya ia mengunyah-ngunyah data internetku yg melampau. Kahkah ;)

Memang sweet habis perkahwinan di usia muda yg penuh dgn suka duka, ceria dan penuh dgn konflik. Well, sedangkan kapel mapel boleh bertekak begadoh, inikan pulak suami isteri. Rencah kari la tuh! Eh rencah kehidupan berumahtangga ahh! Hmm ada watak antagonis dan protagonis yg menghidupkan drama ni. Yang penting, mmg mengundang rase geram dan emosi bile tgk drama ni sampai rasanya mcm nak lempang seko-seko org dlm ni. *serious doh taktipu* tapi diorang berlakon aje, kirenya berjaya membawa watak masing-masing lah! Hahaha.

Okay taknak cerita panjang, kena tengok ajelah n gigih menunggu ntah bile akan habis. Apakah happy or sad ending? nantikan ajelah. Nanti-nanti ajelah implement kan subjek broadcast critique belajo masa sem 4 dulu eh utk buat review and komentar pasal drama ni. Haha! Chaw.

A.S: #serious doh meluat tgk sorang pelakon dlm drama ni sebab dia bajet bagus aje. ingat lagi eh, berani dia bikin panas dan cube utk malukan kami di atas pentas ketika di Penang dulu. Layakla kau dgn watak kau tu! pfft.