Sunday, September 9, 2012

REVIEW BROADCASTING SEMESTER 4


bismillah.. hello uols! Okay, disebabkan ada yg DM and permintaan market yg ramai, *wah berangan* maka abg yg baik hati ini kembali rajin dan ayuh kita menyelongkar review subject broadcasting utk semester 4. Tahniah kepada adik2 yg telah clean paper utk semester lepas. Dimana ada kemahuan disitu ada kejayaan. Wah!

Menyelusuri review BROADCASTING yg seterusnya, berikut adalah antara subjek yg perlu diambil ketika di semester 4.

Utk semester 4 ini, terdapat 5 subjek teras yg WAJIB diambil oleh pelajar, 3 subjek elektif dan 1lagi ialah bahasa ketiga. Jumlah keseluruhan subjek utk semester 4 ialah 9 subjek. *banyak kan? terkencing terkentut tercirit kalo malas dtg kelas and xbuat assignment. So elakkan!

Semester 4 meniti kepada kemuncak jurusan PENYIARAN kerana banyak projek yg kita laksanakan utk semester ini lebih cenderung kearah bidang yg kita ambil ini. Erti kata lain, mmg broadcasting punye line lah! So enjoyyy your semester 4 ini. Ayuh adik2 sekalian kita selongkar apa yg bestnya utk kesemua subjek di atas. ;)

1.ADV443 - INTERNATIONAL ADVERTISING

Ini adalah subjek elektif dimana adik2 akan belajar mengenai Introduction to Advertising khususnya international level. Memang seronok kerana banyak idea yg tersemat di kepala ini boleh dicurahkan dan dikongsikan bersama di dalam kelas. Untuk tugasan individu, adik2 perlu mencari satu journal berkaitan advertising dan merumuskannya ke dalam bentuk point yg lebih mudah seperti yg diarahkan pensyarah. Tugasan kumpulan pula, adik2 akan diberikan satu NEGARA dan dikehendaki mencari info mengenai Negara tersebut dari A-Z. Apa yg perlu ditegaskan sebenarnya adalah produk2 atau iklan2 yg terdapat di Negara tersebut dan kemudiannya membentangkan di dalam kelas. Markah lebih utk adik2 yg rajin datang ke kelas, tunjuk muka dan duduk dibarisan hadapan serta yg suke angkat tangan dan bertanya. Diingatkan juga, setiap minggu kelas ini akan ada assignment in class. Itu semua adalah markah! Sila datang kelas selalu dan jangan ponteng. Prof. Madya Rosni akan tidak teragak2 utk menggagalkan adik2. Takutnya! Ada final exam utk subjek ini.

2.ADV549 - INTERACTIVE ADVERTISING

Subjek ini sangat seronok kerana adik2 akan belajar teknik2 utk menghasilkan sebuah web design hasil ciptaan sepenuhnya oleh adik2. Adik2 akan belajar teori di dalam kelas dan seterunsya mengaplikasikannya ke dalam bentuk web. Adik2 boleh create idea yg menarik dan persembahkannya dlm website adik2. Tak semua org boleh design web dan ada web sendiri, advantage pada adik2 yg mengikuti kelas ini adik2 akan belajar itu semua. Sila datang awal ke kelas dan jangan pakai topi di dalam kelas kerana adik2 akan tahu akan musibah yg bakal menimpa adik2. En Khai amat tegas dan seronok orangnya. Tiada final exam.

3.BGM451 - GERMAN LANGUANGE II

Seperti yg adik2 belajar di semester 3, cuma pembelajarannya semakin mencabar dan lebih menarik. Adik2 akan belajar mengenai perkakas2, lokasi yg terdapat di rumah, masa/waktu dan sebagainya. Tugasan kumpulan sama sahaja mcm semester lepas, iaitu menyediakan video projek berdasarkan tema yg diberi. Semakin berbelit2 dan terangkat2 lidah adik2 utk menyebut perkataan Jerman ini.

4.BRO536 - BROADCAST CRITIQUE AND APPRECIATION

Anda kenal siapa itu Sultan Muzaffar? Ali Atan? Mereka adalah pengkritik filem terkenal di Negara ini. Adik2 akan belajar bagaimana utk mengkritik filem tak kisah dalam or luar Negara dari segi teknikal, penceritaan, plot, cinematography, sound dan mcm2 lagi. Adik2 akan menyelongkar apa nilai2 murni, pengajaran dan meseg yg cuba utk disampaikan oleh pengarah. Adik2 minat atau tidak sesuatu filem itu? Adik2 tulis di atas kertas apa jua suka atau tidak kerana adik2 adalah pengkritik. Jgn over tulis kang kena saman nanti kan! Hehe. Ada final exam utk subjek ini.

5.BRO537 - BROADCAST AND MULTIMEDIA PRODUCTION

boleh dikatakan ini adalah subjek yg terbest jugaklah sbb byk masa akan dihabiskan dlm studio. utk subjek ini, Tugasan Pertama, adik2 dikehendaki buat short film mengikut tema yg diberikan. Kekuatan mental dan fizikal amat diperlukan kerana adik2 akan disembur teruk jika idea yg dipersembahkan kepada lecturer amat tidak bagus skali. 20 idea belum tentu diterima dan diluluskan oleh lecturer. Sila bertahan kerana byk tenaga, masa dan wang ringgit akan diguna ketika menyiapkan short film ini. Tugasan kedua pula ialah menerbitkan sebuah rancangan dalam studio selama dua jam. Mungkin ini yang menjadi cabaran kerana pelajar perlu menyiapkan idea, konsep dan merancang pra-penerbitan sebelum rancangan berlangsung. Nak bercerita tentang perancangan, memang panjang. Pada masa yang sama, anda perlu juga belajar mengendalikan semua job di dalam konti seperti menjadi pengarah, penolong pengarah, VT operator, switcher, pengurus pentas, operator kamera, lighting, dan audio man. adik2 juga akan belajar shot2 camera dan bagaimana utk mengendalikan SCP dan MCP. Selain itu, apa yang akan adik2 dapat daripada kelas teori untuk membuat camera card, que card dan running order akan digunakan sepenuhnya semasa praktikal di studio nanti. Subjek ini akan menjadikan adik2 seorang broadcaster yg hebat kerana adik2 akan feeling dan rasa diri di dunia sebenar belakang tabir penyiaran. Opss banyak masa akan dihabiskan di dalam studio nanti. Suka duka kumpulan adik bersama-sama. Jangan lupa pakai kasut dan baju hitam semasa di studio sebelum dihalau keluar oleh Mr Razeef! Tiada final exam.

6.BRO538 - RADIO AND TELEVISION NEWS

Anda berbakat menjadi seorang penyampai berita? Ingin menjadi seperti Kamaruddin Mape? Pang Chin Fei? Tonjolkannya disini! Utk subjek ini, terdapat 2 tugasan. Tugasan individu adik2 dikehendaki melaporkan berita di tempat kejadian atau erti kata lain menjadi wartawan penyiaran. Sama seperti Karam Singh Walia, pergi ke tempat kejadian dan melaporkan di hadapan kamera. Abg percaya mulut dan tangan adik2 akan teketar-ketar, dan sebutan adik2 menjadi beterabur sebab bukan mudah utk beraksi dihadapan kamera. Tugasan kedua dan kumpulan, adik2 perlu merangka berita utk setiap seorang dan berita adik2 akan dibaca oleh penyampai berita. Adik2 akan belajar tugas ketika di belakang tabir utk live news di televisyen. Ketika itu, di dalam control room, telinga amat perit kerana dalam kalangan adik2 akan menjerit2 utk memberi que kepada reader dan each other. Adik2 akan feeling habis ketika membuat projek ini kerana adik2 seperti sedang REAL mengendalikan berita tv seperti yg adik2 lihat di RTM dan TV3. Tiada final exam.

7.BRO539 - ELECTRONIC MEDIA MARKETING STRATEGIES

Subjek ini akan mendedahkan kpd adik2 mengenai kerja dan tugas di bahagian pemasaran. Ops ingat marketing ingat En ZUL. Hahaha tapi ini lebih menarik dan seronok. Adik2 dikehendaki pergi ke mana-mana stesen radio di Malaysia dan berjumpa dgn bahagian pemasaran utk bertanya soalan seperti yg diberikan pensyarah. Kemudian, bentangkannya di dalam kelas dan disitu akan terbongkar stesen radio mana yg paling best, ranking tertinggi, iklan termurah dan sebagainya. Peluang utk adik2 melawat konti radio dan ada contact dgn mereka. Memang enjoy! ;) Ada final exam utk subjek ini.

8.COM565 - MEDIA LAW AND REGULATIONS

Ye betul, ini ada killer paper utk semua pelajar masscomm di semester 4. Subjek ini amat digeruni, ditakuti dan bakal menjadi mimpi ngeri kepada adik2. Adik2 akan belajar akta2 media dan akta2 di Malaysia. Banyak fakta dan kes yg perlu dihafal dan diingati. Adik2 akan feeling sbg seorang peguam pabila belajar subjek ini. Dan diingatkan sekeras-kerasnya, sila focus dan beri perhatian penuh kpd subjek ini kerana jika adik2 malas dan cuai, kelak merana diri. Subjek ini bisa buat hidup2 adik2 berdarah kerana ramai yg repeat utk subjek ini.*mintak dijauhkan Amin!*. Sesungguhnya amat menggerunkan! Tunggu ye! Ops sila buat book review by Tom Crone. Wajib skali dibuat tak banyak satu buku brape ratus page aje. Adik2 akan rasa sedikit tertekan dgn subjek ini dan sila tanganinya dgn bijak dan professional. Orang lain boleh mengapa adik2 tidak boleh? Gitew. Ada final exam utk subjek ini.

9.COM668 - COMMUNICATION AND CHANGE

Subjek ini paling menarikkk sekali kerana adik2 akan keluar berjalan dan merasai pelbagai pengalaman dlm usaha menepati kehendak subjek ini. Sila pilih kelas Mama utk merasai nikmat yg tak terhingga sebab adik2 akan puas berjalan dan mcm2 pengalaman boleh ditimba. Program anak angkat antara yg paling seronok dan mengasyikkan. practical is better than teory. Amat mudah utk score A utk subjek ini, dimana sila hadiri kelas, buat report selepas lawatan dan jawab final test. Insyaallah A pasti dalam tangan. sila cepat2 register subjek ni kalo adik2 minat keluo dan berjalan. Believe me! Tiada final exam.

Maka, sekian sahaja subjek yg dpt abg kongsikan bersama adik2 utk broadcasting semester 4 ini. same jugak, ada subjek lain yg adik2 boleh pilih tapi tak tersenarai dlm list di atas. adik2 boleh direct bertanya kpd seniorita2 akan subjek yg tidak tercalon ini. mereka sudi membantu. *kew?* Hehe. Ampun maaf andai ada terkurang. ;)

maklumat lanjut, klik sini utk Kelab Penyiaran UiTM Shah Alam

reference: www.adamroslan.com

Friday, September 7, 2012

REVIEW BROADCASTING SEMESTER 3

okay now aku mood rajin nk menaip. Hai salam sejahtera, salam 1 Malaysia. Cewah. first of all, Million Congrates to those yg berjaya melanjutkan pelajaran ke peringkat Ijazah Sarjana Muda PENYIARAN. Oh lepas ni, kita akan berselisih bahu and bersua muka di Fakulti yg tersergam indah di atas bukit sana. Eh bersua muka jugak kat Cafe yg terindah itu ketika waktu makan atau menunggu kelas atau lepak2. *Jangan lupe tegur ye. Hehe

dikesempatan ini, abg amat baik hati utk share dengan hadik2 sekalian, peneraju dunia Penyiaran akan subjek yg akan dipelajari semasa di semester 3. Malah, sedikit sebanyak boleh dijadikan panduan dan perkongsian intipati subjek utk hadik2 sekalian.
Berikut ialah subjek yg mesti diambil dan ditawarkan semasa di semester 3 :

  1. BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION
  2. BGM401 – GERMAN LANGUAGE I
  3. BRO530 – RADIO BROADCASTING
  4. BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA
  5. BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES
  6. COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS
  7. CTU553 – ETHNIC RELATIONS
  8. COM466 – PUBLIC OPINION
  9. LIB501 – MANAGEMENT
dengan baik hatinya, abg akan stori mori tapi sikit aje berkaitan semua subjek di atas. takboleh stori banyak2 sebab tunggu uols sndiri belajar, merasa and barulahh suprise! Giteww Eh

BEL482 – BUSINESS AND PROFESSIONAL COMMUNICATION

haa nama subjek je pun dah gempak kan? utk subjek ini adik2 akan belajar bagaimana untuk mengendalikan minit mesyuarat dengan cara formal dan informal, selain daripada belajar menulis minit mesyuarat. Anda ke kelas untuk berbincang cara cara bermesyuarat dan menulis minit dan mempraktiskannya di dalam kelas. Final test utk subjek ini ialah adik2 dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan adik2 perlu mengadakan satu mesyuarat rasmi dan satu mesyuarat tidak rasmi. semua ahli mesyuarat perlu take part dan bercakap ketika ujian berlangsung. Speaking in English ok jgn nk berangan speaking malay! Tiada final untuk subjek ini.

BGM401 – GERMAN LANGUAGE I

Guten Morgen! Ein Schone Tag Noch! adik2 akan belajar cara-cara untuk memperkenalkan diri dalam bahasa Jerman. next, belajar menyebut abjad dan bilangan nombor dalam bahasa Jerman. seriously, it's not easy but fun! ;) as usual, projek akhir bagi subjek ini ialah menyiapkan satu short filem berdasarkan tema yang diberikan. adik2 dikehendaki berlakon dan berdialog dalam bahasa Jerman. ketika itu, baru adik2 tahu betapa beterabur dan peliknya tutur kata adik2 ketika bercakap Jerman. Jika adik2 tidak minat Jerman, adik2 boleh pilih Arab, Jepun atau French. Tips, selalu datang ke kelas kerana kelas hanya pada hari RABU. kelas ini amat berharga dan setiap minggu adik2 akan belajar topik baru. Rugi tecicir ilmu sape tak dtg! Tiada final utk subjek ini.

BRO530 – RADIO BROADCASTING


Anda berbakat sebagai Penyampai Radio? Anda mahu menjadi seperti Fara Fauzana dan Faizal Ismail? disini bermulanya! Hehe.. adik2 akan belajar bagaimana untuk menjadi seorang Disc Jockey (DJ) yang baik, pengenalan kepada peralatan di konti radio dan banyak lagi aspek teknikal di sentuh. Di akhir semester adik2 perlu menyiapkan tiga rakaman suara berdasarkan segmen seperti yg diberi oleh lecturer. Ketika zaman abg, kami perlu menyiapkan 3 segmen iaitu 'Entertainment', 'Documentary' and 'Magazine'. all of them are recorded in english. tpi depends on lecturer, kawtim la kalo nak in malay. Ditegaskan disini, adik2 perlu bertindak cepat ye utk membooking studio kerana untuk recording suara memerlukan masa yang panjang selain daripada mendapatkan suara yang perfect untuk direkod. Adik2 perlu berebut dgn banyak kumpulan yg lain utk menggunakan studio kerana hanya ada tiga studio sahaja utk recording. bukan korang ajerr.. ramai lagi nk gune hokey! Recording dijalankan di tingkat 5 Fakulti Masscomm iaitu di Studio Radio Latihan. Jangan lupe sentiasa membawa sweater kerana adik2 akan sejuk membeku melebur di dalam studio! Tiada final exam utk subjek ini.

BRO531 – SCRIPT WRITING FOR ELECTRONIC MEDIA

Anda berminat dan berbakat utk menjadi penulis skrip? Mahu menjadi hebat persis Syamsul Yusof? Erma Fatima? Rashid Sibir? Anda ada idea yg kreatif dan unik? tonjolkan bakat adik2 melalui karya dan penulisan adik2! disinilah bermulanyaaa.. utk subjek ini, adik2 akan belajar teknik2 menulis skrip untuk rancangan Televisyen dan Radio seperti Public Service Announcement, Drama Radio dan TV, Dokumentari dan banyak lagi. Subjek ini tiada final tetapi projek akhir untuk subjek ini ialah menyiapkan skrip 70 babak dengan idea rekaan bersama kumpulan adik2. Untuk individu, adik2 kena buat skrip untuk dokumentari. Subjek ini akan menjadikan adik2 seorang penulis skrip yang berkesan, mahal, berkualiti dan terbaik. Tidak susah kalau ikut format yang betul dan selalu datang kelas. Lecturer berpengalaman okay! Hmm mengantuk takpe tp tolong jangan tido ok! Eh

BRO532 – ANIMATION TECHNIQUES


Berangan-angan menjadi animator? Anda kreatif dan unik? adik2 akan diajar untuk membuat animasi dgn menggunakan teknik yg tertentu seperti yg diarah pensyarah. untuk tugasan individu, adik2 dikehendaki menyiapkan animasi dgn menggunakan 'flipbook'. utk tugasan kumpulan, adik2 perlu menyiapkan satu animasi menggunakan teknik stop motion. selain itu, adik2 perlu ada idea, story board and dibentangkan di dalam kelas. diingatkan sekeras-kerasnya bahawa adik2 perlu berjiwa cekal, tabah, sabar dlm menyiapkan tugasan subjek ini. Sila sediakan lebih kurang 20 idea kerna tak mustahil 20 idea itu akan direject. Tiada masalah kpd mereka yg minat dan kesabaran amat diperlukan dlm menjayakan projek ini. adik2 perlu kekuatan fizikal dan mental kerana kritikan dan 'boss' yg mengajar subjek ini bisa buat adik2 tertekan, patah semangat dan kritikal. Ops adik2 juga akan mluangkan byk masa, tenaga, wang ringgit dan berkorban utk menyiapkan projek ini. Believe me. Tiada final utk subjek ini. Selamat mengharunginyaaaaaaa! Hehe

COM566 – COMMUNICATION RESEARCH AND METHODS

Hello comm research! Ingat research ingat Madam Fifah! cuma Mdm Fifah garang sket. Haha. tapi kt sini lebih mencabar! Hehe. Sama seperti yang dipelajari di Semester 5 Diploma. Cuma kita belajar membuat research yang lebih terurus, menggunakan Qualitative berbanding Quantitative. questionnaire kena buat jgk ye! Fikirkan tajuk apa yg adik2 hendak kaji dan buat research mcm biasa. Tutorial di dalam kelas dan Lecture selalunya bergabung dengan bdk2 course lain. Jangan tido ketika lecture berlangsung. *ohmengantuk*. Sila bertanya jika ada kekeliruan kerana andai tersilap adik2 kena buat semula. Ada final exam utk subjek ini.

CTU553 – ETHNIC RELATIONS

perhatian semua! diingatkan sekeras-kerasnya supaya jgn tido di dalam kelas utk subjek ini! Kebanyakkan berkisar tentang sejarah Malaysia seperti Rukun Negara, Peristiwa 13 Mei, Perlembagaan Persekutuan, Akta-Akta, Piagam Madinah dan sebagainya. subjek ini lebih kepada sejarah2 Malaysia. Bagus untuk meningkatkan jati diri adik2 ye. Nescaya, selepas ini adik2 akan lebih mencintai Malaysia dan berpengetahuan mengenai sejarah Malaysia. Sila semaikan rasa minat akan sejarah walaupun terpaksa. Hihi. Ada final exam utk subjek ini.

COM466 – PUBLIC OPINION

Anda berpengtahuan luas tentang isu2 semasa yg berlaku dalam dan luar negara? Ayuh kongsikan bersama lecturer dan rakan2 sekelas anda. utk subjek ini, adik2 akan didedahkan dgn isu2 semasa yg berlaku dan berbincang bersama di dalam kelas. Kepada adik2 yg suke bercakap, berdebat dan mempunyai banyak benda utk diperkatakan, sila angkat tangan dan kongsi ramai2. Memang seronok kelas ini lebih2 lagi bergabung dgn kelima2 sequences dan bertukar2 pendapat dan idea. sharing is caring. Tiada final exam utk subjek ini.

LIB501 – MANAGEMENT

Subjek ini lebih menjerumus kepada utk menjadi seorang Manager yg berjaya dan berkualiti tinggi. Mengajar kita untuk menguruskan sebuah pasukan atau syarikat. Projek akhir ialah menyiapkan satu case study syarikat atau membuat kajian tentang sesebuah syarikat (yang wujud atau rekaan). kerja kumpulan ini seterusnya akan dibincangkan dan dibentangkan di dalam kelas. Adik2 akan lebih yakin utk berkata2 mewakili setiap jawatan yg disandang oleh adik2 dlm syarikat anda itu. extra marks utk yg presentation yg kreatif, unik dan meletop. Ada final untuk subjek ini.

Maka sekian sahaja subjek yg dpt abg kongsikan bersama adik2 utk Broadcasting Semester 3 ini. ada subjek lain yg adik2 boleh pilih dan tidak tersenarai dalam list di atas. Adik2 boleh bertanya kepada seniorita2 yg lain akan subjek yg tidak tercalon ini. mereka sedia membantu. *ke?* Hehe. Hidup BROADCASTING! Tiada jalan yg mudah utk berjaya.

maklumat lanjut, anda boleh klik sini utk Kelab Penyiaran UiTM Shah Alam.

reference: www.adamroslan.com