Wednesday, June 5, 2013

Kahwin.

Selamat pengantin baru pengantin segar pengantin elok pengantin terkini kepada Izzue Islam. muda lagi kau dah kahwin. takpelah Izzue, seru dan jodoh kau dah sampai awal harus kau menerimanya kan. gila kau nak menolak ketentuan Tuhan? Allah dah janjikan yang terbaik untukmu dan pasanganmu. Peliharalah rumahtanggamu dengan baik dan sempurna. Wah makan hati Ustazah Norbayah dengar statement ni tau gila kau aku layak duduk sebaris dengan dia tau bagi nasihat kat orang.*walaupun diri aku ni? Ok hampeh. aku tahu tu jawapan korang dalam hati. siot kau eh. *lari tajuk 100meter*

ok. dah nama pun wartawan penyiaran, diri aku tak lepas dari mendengar gosip2 hangat, panas, membara dan buih2 menggelegak dgn perkahwinan si Izzue ni. korang memang mulut busuk kan asik nak busybody hal rumahtangga org kan? Biarlah dia kahwin dgn siapa, kita doakan dia bahagia saja. cukup! Tapi kan kenapa dia kahwin dgn org lagi berusia daripada dia? *Ah sudah aku pun jangkit dah! ya Allah, aku tarik balik ayat aku tu. Ok dah insaf.

yang orang sibuk cakap pasal perkahwinan dia ialah perkahwinan dia dengan wanita yang berusia dan wanita itu kurang mempunyai rupa yang cantik. tak baik tau korang.

Hello. kau cantik mana pon kalau hati tak baik hado orang nak? ye memang ada. Gila takda. Why org sibuk pertikaikan yg dia hensem tapi dpt yg tak berapa nk lawo. Hello, rupa bkn menjadi ukuran kebahagiaan sesuatu perhubungan itu. biarlah tak cantik rupa, asal punyai hati, tingkahlaku, budi pekerti yang baik dan menarik. Itu yang lagi baik. siapa kita nak nilai manusia berdasarkan rupa? Kau nk jadi mcm Dang Suria? oh, Semoga Dang Suria bertaubat dan cepat-cepat kerepot. *sambil lempar batu kt muka dia*

Seterusnya, orang kata jika si suami lebih muda daripada si isteri, murah rezekinya. Moga harapnya begitulah. jika si isteri lebih tua kan bagus, at least dia boleh bantu membimbing suami dia ke jalan yang benar dan lebih sempurna. yelah, isteri tu lagi tua harus banyak pengalaman hidup chuols. dulu makan kicap orang tua kata. kelas kau kicap! okbye

statement Izzue "segera mahu mendapatkan anak" benar2 menjadikan aku tersentap skejap. sumpah taktipu. Aku jadi mcm xsabar nk kahwin. bukan gatal bukan miang tapi tak sabar. *eh mcm mane tu? Ok gatal. kalau ibu ayah abg akak aku tahu ni, mmg mati kena carut dan letehan 24 jam tanpa henti. Gila kau harta pun tarak lagi, ekonomi pun hancur, duit pun mintak akak abg ayah lagi. Boxer je beli sndiri guna duit simpanan. Ok satu kemajuan sbb spender ibu ayah tak belikan.

bina masjid satu perkara yang baik. inshaallah pasti akan berlaku. sekarang bukan tak laku tapi belum sampai seru. awal lagi ni. lambat sket nanti ada ye. peminat mohon bersabar dan jangan sesekali tanya bile nk kahwin. iols curah kepala uols dengan sos cili maggi nanti.

p/s: ini coretan kosong saja. penulis taktahu nk carut apa walaupun byk nk dicarut dan dikeji. btw, sekarang musim tunang nikah dan kahwin. rakan2 penulis ramai yg sudah. tumpang gembira ye kawan2! semoga bahagia. buat anak ramai-ramai, memeriahkan lagi umat Nabi Muhammad. *kau suka eh! Miang. 

2 comments:

Ania said...

Salam kenal! Saya dari team Kumpulbagi. Saya baru menemukan blognya - nice:)
Jika Anda mau mempromosikan blognya lagi dan share files dengan gampang kunjungi page kami di: www.kumpulbagi.com
Semuanya gratis, cepat dan tanpa limitasi. Anda bisa upload sebanyak files (audio, video, pdf, jpg, dll.), membuat koleksi berkas dan bagikan dengan lainya.
Coba servis kami tanpa registrasi:)

.::juja::. said...

Hi... lame xtgur