Wednesday, May 29, 2013

Siapa yg salah? Kau.

bismillah.. *sound lagu titanic*
wah syahdu lagi drama opening iols. *montage request lagu drama setia hujung nyawa please!* Gigih nk jugak!

baiklah, terus kpd tajuk utama hari ini. Seperti yg sedia maklum, semalam ialah hari selasa. hari aku offday. aku pergi shooting dekat PJ. org tu tak provide makan pon. eh? *okay aku mengarut* lari tajuk rupanya. bukan ini yg aku nk cite sebenarnya. ok kite serious sekarang.

Semalam telah berlaku rusuhan penyokong bolasepak antara JDT dan PHG di Stadium Darul Makmur Pahang. At last, perlawanan ditunda kerana keadaan semakin kronik dan tidak terkawal. Sehingga ke harini, status di facebook, twitter, blog dan laman sosial lain sesak teruk dengan rasa tidak puas hati antara dua pihak ini, ada yang membantah, mengeji, memaki maki maki maki dan ada yg bagus pabila ada yg sedar kesilapan sendiri. *nada sukan yg serious* Okay aku boleh ganti pengulas sukan Hasbullah Awang. kan Abg Bulla? matilah.


pelbagai persepsi datang daripada dua pihak ini, ada yg mengatakan penyokong JDT yang mulakan. ada juga yg mengatakan penyokong PHG yg mulakan. entah yg mane satu sebab aku takde disitu. Jauh nok pahang. Gila kau nk pegi smata2 nk tgk bola? habis keje aku sape nk buat? Kak Ramlah cleaner Media Prima nk buatkan? okbye.

Analoginya, ibarat rumah kau masuk pencuri la dik. Sapa kau teriak dan kau salahkan? haruslah anak Pak Mail yg baru keluor penjara kau salahkan. Walhal, kau tidur tak kunci pintu tu. Salah siapa? Siapa yg mengundang dulu? Ok fikir sendiri. haruslah kau nk bekap diri kau dik dan tetap nk salahkan anak Pak Mail yang kacak ittew. *nama rekaan tidak ada kena mengena kpd yg masih hidup atau mati* Larikk.

apa yg aku boleh simpulkan secara ringkas, mudah, padat dan malasnya ialah tak kira siapa yg betul dan siapa yang salah, masing-masing gigih cekal utk terus mempertahankan negeri sendiri. Tiada yg mahu mengaku salah. Manusia berak atas padang ada yg nak mengaku? Gila kau. Tiada! hanya kucing yg mampu mengaku. boleh? tengok ni!



sudah cukup sudahlah. Majulah sukan utk negara? Puih. lihat jela dgn apa yg dah berlaku. ini baru dlm negara. kucar kacir dalam gelanggang di negara sendiri. malu dik.
Pengajarannya ialah Bola itu bulat. Bulat air kerana pembetung, bulat manusia kerana muafakat. bincang elok2 kita selesai cara elok ye? *duduk seksi penuh menggoda*

P/S: gua ramai kwn kt phg tu. plus, dulu gua stdy pahang 3 taun tau. hari2 dok menghadap stadium darul makmur tu. gua steady! gua ttp baik dgn org phg. gua kwn ok! kwn. HAHAHA

padahal aku di belakang tabir off record: come on JDT sesah pahang tu! pfffft! rimau ngaum kasik baham tok gajah! sial buat onar! *eh aku over emo*  hidup JDT. muah muah muah

Akhir kata, #JDT #LuaskanKuasamu dan #PHG #LuaskanStadiummu. okbye Larikkkkk!

No comments: