Tuesday, May 28, 2013

Gila betul kau

Salam manis Salam kurma utk semua. Manisnyaa kurma! *ok mengarut takde kena mengena. Harapannya salam ceria dan salam gembira utk semua. walaupun kau sedang bersedih dik, kau kena berlakon gembira kerana dunia ni pentas lakonan, ada org kesah kau bersedih? ok kau simpan muka kesian kau tu. Senyum sekarang! Ok bagus.

kembali bersiaran kita disini. *walaupon?
Tadi dok menelaah facebook, tetiba ternampak ini, terus hati dan naluri ini mengangguk ya dan bersetuju dengan bende yg aku lihat ini. tengok tengok ni.


Okay sekarang i nak uols bermuhasabah diri dan berisitiqamah 3 minit skejap. tepuk dada jangan kau tanya selera dik. kau tanya selera abg dh tahu apa jwpannya, tak kfc, mekdi, tak mekdi, beger king, tak beger king, beger bakar, tak pon subway, lepastu all vegetables, all sauces, onions lebih, jalapenos taknak, eh? aku yg over. Ok abaikan aku mengarut. *sebab aku lapo nak subway :(

Okay sambung, apa yg chuols tengok atas sah2 aku gerenti 300% korang buat. konfirm! sebab aku pun buat. Hahahahaha betulkan? Aku sanggup kaler kuku kaler ijau taik lembu kalo korang kata takpenah buat camni! Nipu tu nipuuuu. Hehe. Ok baiklah sambung lagi. Ada lagi insiden2 lain yg biasa dan suka kita buat (diri ini pun selalu dan kerap buat ok) yang seberadik dan sepupu dengan senario di atas iaitu :

CERITA SATU:

kau dh berjanji dgn Man (Tukiman bin Suparman nama sebenar) utk pergi lepak dan shisha dgn dia kt uptown Kota Damansara.

Man : Wei bedol, kau katmane dok?
Joe : Japp wei aku kt bawah umah ni, atas moto dah ni, nk gerak dah nie. Sabo dok sabo
Man : Okay cepat sket bodoh

situasi sebenar: Kau baru siap mandi, nk pakai deodorant n pakai bedak kt badan kan? Kau tipu kata kt bawah kan? Jahat gila vavi kau, mak kau ajar jadi penipu ke? *Ya Allah aku selalu buat camnie :( *insaf 4 minits

CERITA DUA: 

kau dah telambat gile nk pegi keje lepastu kau tipu lagi. Jangan sampai pengakhiran cerita kau sedih tau dik. contohnya jeng jeng *munyik drum 4 kali*

Ain : Hello Amer awk katmane ni? Awk lambat dah nie, semua org tunggu awk nie!
Amer : japp kak! Amer kt bawah ni, cari parking motor sekajapppp!
Ain : Ok cepat cepat cepattt! pantas
Amer : okbye

situasi sebenar: kau sedang berada di trefik light yg jauh dengan tmpt ofis kau 5 km lagi. Abg jamin dik, time tu mesti kau tgn menggelabah tetek dada isi perut hempedu usus testis bagai. bayangkan, kau nk cepat sekali eksiden depan tu dan meninggal. Ya Allah, kau mati dengan keadaan menipu dik! Kau mati sbg seorang pennnntipu! *Ya Allah aku buat selalu jgk mcm ni :( *insaf lagi. tambah 4 minits lagi. total 8 minits.

apa kata kawan2 sekalian? tersedar dari lamunan terhenti tak? Aku jamin kenyataan semua diatas mmg selalu kita buat. termasuk abg jgk dik. Abg mmg selalu buat, alaa abg pun manusia biasa tak lepas dari menipu dan main alasan. Haha boleh?

Konklusinya, kita buat gini ada sebabnya. Sometimes kita bangun lewat, kita leka main fesbuk dan sebagainya. Kita feeling sempat utk kite cepat2, at last, kelambatan juga. well, nk sedapkan hati lagi, kita buat utk senangkan hati diri dan kawan kita kononnya, walhal menyusahkan kita. tapi yang penting inilah yg berlaku. Hanya di Malaysia sangat chuols! Ok boleh masuk segment Nasi Lemak Kopi O.

sehingga berjumpa lagi. muahhh Salam madu 10 cawan. Ok kencing manis. Okbye
*eh lupe, jomlah share kalau chuols ada jugak story panas berlendih ketiak mcm nie. 

2 comments:

Anasyg said...

semua pun aku pernah buat weh :) terbaik kan

FADHIL_SHUKOR said...

Anasyg : aku jugak! Yeay kita sama menipu. Hahaha terbaik! :D